Moto Sekolah : BERILMU & BERKETERAMPILAN

Boling Sempena Hari Guru 2012

Kelab KEBIRUS SMK Taman Daya 2 menganjurkan Pertandingan Boling sempena Hari Guru 2012 bertempat di Leisure Mall, Johor Bahru. Bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara staff dan juga guru-guru, kakitangan makmal turut serta di dalam pertandingan itu. Semoga dengan adanya aktiviti sebegini diharapkan hubungan kekeluargaan di SMKTD2 ini akan terus berkekalan selamanya.

Karnival Sains dan Matematik 2012

SMK Taman Daya 2 menganjurkan Karnival Sains & Matematik bermula 16 hingga 30 April 2012. Karnival ini merupakan program yang sememangnya dilaksanakan pada setiap tahun. Pada tahun ini karnival yang bertemakan “Sains & Matematik Ke Arah Kecemerlangan Generasi 1 Malaysia” menganjurkan bermacam-macam acara seperti :-
1) Mencipta roket
2) Solar cooking
3) Solar car
4) Kuiz kimia dll

Di bawah ini adalah beberapa sudut pandang para pelajar sedang menyediakan bahan / peralatan untuk pertandingan.